Gadged Multi Fungsi

Formulir Kontak

KONTAK KAMI

Silahkan isi formulir di bawah ini untuk menghubungi kami

Name

Email

Message

Selamat Datang Ke Kelas Al Quran JB


AWAS! Teknik ini akan menyebabkan anda boleh mengaji AlQuran 100%

Nak tingkatkan keyakinan menjadi imam?

Nak menguasai bacaan dalam solat?

Nak lancar membaca AlQuran sebelum meninggal dunia? 

KELAS ALQURAN JB atau Pusat Pengajian AlQuran Al Baghdadi Adda Heights JB membantu muslimin dan muslimat seawal 7 hingga 70 tahun, mengenal, membaca dan memahami Al Quran sepantas 3 bulan pertama. Dengan kadar yuran yang sangat berpatutan iaitu serendah RM25 untuk 2 jam pembelajaran setiap kali satu sesi.

TAHUKAH ANDA?

Fakta Kajian menunjukkan 38.7% pelajar Tingkatan 4 "Buta Al-Quran".
Belum yang "rabun" lagi.??

Bagaimana dgn masyarakat umum? Pelajar IPTA/S? Penjawat awam/swasta/peniaga/golongan professional/korporat/pesara/makcik-makcik/pakcik-pakcik?


"Perkara sedemikian dapat dilihat melalui pengiraan statistik menunjukkan bahawa daripada 320 orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini, seramai 171 orang pelajar (53.4 %) mencapai tahap cemerlang, 25 orang pelajar (7.8%) mencapai tahap baik, 2 orang pelajar (0.6%) mencapai tahap lemah dan 122 orang pelajar (38.7%) berada pada tahap yang mengecewakan dan gagal iaitu sangat lemah. 



Oleh: * Kajian ini dijalankan di Negeri Terengganu yang melibatkan SMK.



NAK GANDAKAN TAHAP BACAAN ANDA SEPERTI MEREKA?
Ketahui bagaimana anda juga boleh lancar membaca seperti mereka.


TAHNIAH! KERANA ANDA TERPILIH UNTUK MASUK KE LAMAN WEB KAMI, SILA BACA DENGAN TENANG INFO TENTANG PEMBELAJARAN YANG KAMI SEDIAKAN & TAWARAN ISTIMEWA KHAS UNTUK SEMUA PELAWAT PAGE INI.

KAMI MENAWARKAN


Kelas Pengajian Tamhid (Pengajian Asas)

Daftar Sekarang

Kelas Pengajian Tajwid

Daftar Sekarang

Kelas Pengajian Talaqqi

Daftar Sekarang

Kelas Pengajian Hafazan

Daftar Sekarang

LOKASI KAMI

Lokasi Kelas AlQuran JB kami ini di deretan rumah kedai di jalan Adda 7, Taman Adda Heights, depan jalan besar, dan dibahagian bawah centre kami ada banyak restoran untuk anda menjamu selera. Tak jauh dari centre kami ni, dekat sangat nak ke Masjid besar Dato Onn yang jaraknya 2.5km kira-kira 6 minit je, dari centre kami. Tapi centre kami juga ada surau yang bersih untuk menunaikan solat.
Kelas yang selesa, bersih dan luas amat sesuai kepada untuk anda belajar mengaji, sama ada mengaji secara persendirian, berkumpulan tak kira lah anda dari syarikat swasta, organisasi bebas atau jabatan kerajaan.

KELEBIHAN PENGAJIAN KAMI

  • MUDAH
    Mengaji dengan Teknik Al-Baghdadi merupakan 1 teknik mempelajari asas Al-Quran yang sangat mudah dipelajari, difahami dan mudah untuk dipaktikan setiap hari. Dengan menggunakan pendekatan SAS (Struktur, Analisis dan Sintesis) kita akan dapat menyebut dan menguasai 336 bunyi dengan baik dan tepat. Seterusnya dapat membaca Al-Quran dengan baik. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur walaupun anda buta huruf (tak kenal huruf alif, baa, taa pun boleh datang belajar)

  • MURAH
    Yuran sangat murah seperti yang ustajah beritahu di awal tadi anda hanya mengeluarkan sedikit pelaburan serendah RM25 sahaja dan dapat mengaji dengan guru bertauliah kami untuk tempoh 2 jam setiap kali 1 sesi pembelajaran. Namun, jika anda nak jimat lagi anda boleh pilih pilihan Pakej Kedua atau Pakej Ketiga.

  • FLEKSIBEL
    Ada lebih 5 pilihan waktu setiap hari yang boleh anda pilih sama ada pagi, petang dan malam. Kami beroperasi setiap : Selasa, Rabu, Khamis (2:00 petang - 10:00 malam), Jumaat, Sabtu, Ahad (8:00 pagi - 4:00ptg).

Sesuai untuk Muslimin & Muslimat 7 hingga 70 tahun


Kanak-kanak


Remaja


Dewasa

BERAPA KALI BELAJAR SEBULAN?

Kami menawarkan 3 pilihan sesi pembelajaran dalam sebulan. Anda boleh pilih untuk belajar


1 sesi/Minggu
4 kali Sesi kelas sebulan


2 Sesi/Minggu
8 kali sesi kelas sebulan


3 Sesi/Minggu
12 kali sesi kelas sebulan
1 sesi kelas adalah 2 jam pembelajaran. Hari dan masa boleh rujuk kepada consultant kami semasa sesi pendaftaran. Sama ada mendaftar secara online atau walk in terus ke centre kami.
BILANGAN PESERTA DALAM 1 SESI KELAS

Anda boleh pilih untuk menyertai kelas perseorangan atau secara berkumpulan. Jika berkumpulan maxima peserta adalah 10 - 20 orang peserta sahaja.
Setiap sesi kelas kami asingkan mengikut peringkat usia.
1. Kelas Kanak-kanak
2. Kelas Remaja
3. Kelas Dewasa
Maknanya setiap jenis subjek kelas pembelajaran Al Quran ada 3 kategori pelajar. Contonya:

  • Kelas Asas Mengaji Al Quran (Kanak-kanak)
  • Kelas Asas Mengaji Al Quran (Remaja)
  • Kelas Asas Mengaji Al Quran (Dewasa)
  • Kelas Asas Tajwid (Kanak-kanak)
  • Kelas Asas Tajwid (Remaja)
  • Kelas Hafazan (Kanak-kanak)
  • Kelas Hafazan (Remaja)
  • Kelas Hafazan (Dewasa)

KEMUDAHAN

  • Pilihan jadual kelas yang feksible (setiap hari ada kelas kecuali hari isnin)
  • Ruang surau yang bersih
  • Ada wifi
  • Bilik belajar berhawa dingin
  • Tandas yang selesa
  • Free flow water dispenser Coway (sejuk & panas)
  • Free parking (buat masa ini)
  • Kedai makan banyak
  • Ruang menunggu yang selesa
  • Kemudahan pembayaran yuran online
  • Kemudahan pendaftaran secara online

TESTIMONI KAMI

VIDEO TESTIMONI

TESTIMONI PELAJAR 1 MASFANDI
TESTIMONI PELAJAR ENCIK RAJDEEN



TESTIMONI PELAJAR MAIMON

*
Sila daftar sekarang dan dapatkan jadual lengkap sila call atau wasap Ustajah klik link dibawah sekarang!

PILIHAN PAKEJ

  • PILIHAN 1
    1 x Seminggu
  • 2 Jam/Sesi
  • 1 x Seminggu
  • 4 x Sebulan
  • Boleh Pilih Hari/Masa
  • Percuma 1Jam Sesi
  • DVD Juzuk 30
  • RM100/bulan
  • PILIHAN 2
    2 x Seminggu
  • 2 Jam/Sesi
  • 2 x Seminggu
  • 8 x Sebulan
  • Boleh Pilih Hari/Masa
  • Percuma 1Jam Sesi
  • DVD Juzuk 30
  • RM150/bulan
  • PILIHAN 3
    3 x Seminggu
  • 2 Jam/Sesi
  • 3 x Seminggu
  • 14 x Sebulan
  • Boleh Pilih Hari/Masa
  • Percuma 1Jam Sesi
  • DVD Juzuk 30
  • RM250/bulan
*yuran bulanan diatas tidak termasuk yuran pendaftaran pelajar RM75 sahaja sekali pendaftaran.
Call +6012-6060030 WhatsApp +6012-6060030

OFFER! JIKA ANDA MENDAFTAR 3 PENDAFTARAN SEKALI DAFTAR ANDA AKAN MENIKMATI 10% DISKAUN YURAN PENDAFTARAN


Q&A
Ada Soalan? Biar Ustaz Jawab.
Kelas ini untuk umur berapa?
Kelas kami terbuka untuk mereka yang berumur seawal 7 tahun hingga 70 tahun.

Kelas ini belajar secara berkumpulan atau secara perseorangan?
Kelas berkumpuan ada, Kelas perseorangan pun ada (boleh dapatkan jadual kelas semasa sesi temujanji kelas pertama.) .

Kelas campur atau asing untuk dewasa dan kanak-kanak?
Asing mengikut kategori seperti berikut:
Kelas kanak-kanak : 7-12
Kelas Remaja : 13 - 17
Kelas Dewasa : 18-70

Boleh ke belajar sekiranya tidak mengenal huruf?
Boleh, Dengan menggunakan teknik pembelajaran kami tak perlu kenal huruf.

Boleh ke saya daftar secara online?
Boleh, sila klik link ini dan terus buat pendaftaran secara online.

Ada tak kelas ibu dan anak? Saya nak belajar sama.
Ada, setiap satu sesi pembelajaran kami ada 3 kelas serentak. InsyaAllah ada hari yang boleh anda sertai bersama anak.

Ada asrama tak?
Tiada.

Saya kerja petang, bagaimana ye? Ada tak kelas yang sesuai tak untuk saya sertai.
Kami buka pada setiap hari, kecuali isnin. Berikut adalah jadual kelas di tempat kami:
Selasa, Rabu & Khamis
8:00 pagi - 10:00 malam
&
Jumaat, Sabtu, Ahad
8:00 pagi - 4:00 petang

Belajar di center atau di rumah?
Di center kami, No 28-01 & 28-02 Jalan Adda 7, Taman Adda Heights, JB.

Boleh ke datang ke premis kami untuk mengajar?
Boleh, minimun 20 peserta.

Boleh saya tahu harga yuran?
Harga yuran untuk setiap kelas adalah sama. Sama ada kelas kanak-kanak, remaja atau dewasa. Klik sini

Boleh saya hubungi ustaz?
Boleh, untuk dapatkan khidmat percuma sila hubungi saya di numbor hotline ini : 6012 6060030

Back To Top